Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • 28 pesalah dadah dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Saratok
  • MAHKAMAH

28 pesalah dadah dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Saratok

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAMAI 28 individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Saratok semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Seramai 28 individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Saratok semalam, dalam satu tindakan tegas hasil pelaksanaan Op Tapis Khas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kesemua tertuduh ditahan sepanjang Februari ini menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar Daerah Saratok, Roban dan Kabong.

Prosiding kes dikendalikan di Mahkamah Majistret Saratok di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin, manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Farhan Mohd Fauzi. Kes berkenaan disiasat oleh Pegawai Penyiasat, Sarjan Roslinda Utubesar.

DSP Mathew Manggie.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, seorang individu didakwa di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, tiga individu di bawah Seksyen 12(2) akta sama, manakala 24 individu lagi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

DSP Mathew menegaskan, kejayaan ini merupakan pencapaian signifikan dalam Ops Tapis Khas yang diketuai Sarjan Roslinda sepanjang Februari, sekali gus membuktikan komitmen berterusan polis dalam membanteras penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan.

Beliau berkata, operasi tersebut akan diteruskan secara berfasa dan berterusan bagi memastikan aktiviti pengedaran serta penagihan dadah dapat dibendung sepenuhnya demi kesejahteraan masyarakat.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti dadah. 

“Tindakan tegas akan terus diambil selaras dengan peruntukan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat khususnya warga Saratok agar terus bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah kepada IPD Saratok bagi memastikan daerah tersebut kekal selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

Oleh Adi Safarman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah tinggi putuskan tuntutan jaminan bank Petronas sah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.