Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 28 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran rumah pekerja di Sibu Jaya
  • KEBAKARAN

28 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran rumah pekerja di Sibu Jaya

Utusan Sarawak 2 hours ago
PADAM KEBAKARAN… Pasukan bomba menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran rumah pekerja di di Jalan Sendayan Baru, Sibu Jaya, malam tadi. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Seramai 28 penghuni rumah pekerja di Jalan Sendayan Baru, Sibu Jaya kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, kebakaran membabitkan 25 pintu rumah pekerja jenis rumah kayu telah terbakar 100 peratus.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 9.20 malam.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dan tujuh anggota dari BBP Sibu Sentral bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota pemadaman membentang 1 aliran 800 kaki , dua nozel satu cabang pembahagi sumber air dari jentera sehingga api berjaya padam sepenuhnya. 

“Operasi memadam kebakaran tamat pada 11.30 malam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Enam penghuni selamat, rumah kayu di Kampung Buang Abai terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.