Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 28 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Tengah
  • KEBAKARAN

28 penghuni hilang tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Tengah

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANGGOTA bomba sedang memadam kebakaran yang sedang marak dalam kejadian di Jalan Stawang, Kampung Tengah, tengah malam tadi. Foto: BBP Sri Aman

SIMANGGANG: Seramai 28 penghuni daripada lima keluarga kehilangan tempat tinggal selepas enam rumah mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Stawang, Kampung Tengah, tengah malam tadi.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar 12.14 tengah malam dan segera menggerakkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi.

Sepasukan 10 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Mohamad Fadhli Buyong dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya PKO di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran yang melibatkan enam rumah. Empat daripadanya musnah sepenuhnya, manakala dua lagi terbakar kira-kira 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BOMBA berusaha memadam kebakaran. Foto BBP Sri Aman

Menurut beliau, PKO yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) telah membuat penilaian awal sebelum membentangkan dua aliran menggunakan satu peralatan penyambung paip, dua nozel dan 600 kaki hos untuk operasi pemadaman.

“Pasukan turut membentangkan satu lagi aliran dengan dua nozel, satu peralatan penyambung paip dan 300 kaki paip bagi membantu usaha pemadaman. Sumber air diperoleh dari pili bomba berhampiran serta pam jentera bomba,” jelasnya.

Tambah beliau, tiga rumah berhampiran berjaya diselamatkan daripada turut terbakar.

EMPAT daripadanya musnah sepenuhnya, manakala dua lagi terbakar kira-kira 80 peratus. Foto BBP Sri Aman

Operasi berjaya dikawal pada 1.27 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada 6.13 pagi.

Turut sama dalam operasi ialah lima kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB), 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sri Aman.

Namun, operasi sedikit terjejas disebabkan tekanan air yang rendah dari pili bomba.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Bomba Zon 3. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lelaki terselamat dalam insiden kereta terbakar di Sarikei
Next: Lebih 88 hektar kawasan di Sarawak alami kebakaran terbuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.