TERSADAI… Sebuah bas sekolah bersama-sama dengan serpihan lain tersadai di anak sungai berhampiran Jackson,
Kentucky selepas banjir besar melanda timur Kentucky, Amerika Syarikat •Foto AFP
JACKSON: Gabenor Kentucky meramalkan mayat akan terus ditemui selama berminggu-minggu apabila jumlah kematian akibat banjir yang dahsyat meningkat pada Ahad lalu kepada 28 orang dan pasukan penyelamat memulakan usaha dan meletihkan untuk mencari mangsa.
Beberapa kawasan di kawasan pergunungan itu masih tidak dapat diakses berikutan banjir di timur negeri itu yang menjadikan jalan raya menjadi sungai, menghanyutkan jambatan dan rumah penduduk. Hujan luar biasa serta perkhidmatan telefon bimbit yang lemah juga merumitkan usaha menyelamat.
“Ini adalah salah satu banjir yang paling dahsyat dan maut yang pernah kami lihat dalam sejarah kami… dan pada masa yang kami cuba cari, hujan turun.
“Kami akan bekerja untuk pergi dari rumah ke pintu, bekerja untuk mencari, sekali lagi, seberapa ramai orang yang kami boleh. Kami juga akan bekerja melalui hujan. Tetapi cuaca merumitkannya,” kata Gabenor Andy Beshear kepada NBC melalui Program “Meet the Press.”
Jumlah kematian dalam banjir yang disebabkan oleh hujan lebat yang bermula pada Rabu minggu lalu, dijangka meningkat lagi.
“Kami akan mencari mayat selama berminggu-minggu, ramai daripada mereka hanyut ratusan ela, mungkin seperempat batu lebih daripada tempat mereka hilang,” kata Beshear.
Beshear juga turut melawat kawasan banjir dan berhenti di tiga daerah pada Ahad lalu di bahagian negeri yang dilanda hujan, lebih 350 orang tinggal sementara di pusat perlindungan.
Dalam pada itu, pasukan penyelamat dan pekerja bantuan Daerah Breathitt, Negeri, Tempatan dan Persekutuan yang terjejas teruk mengedarkan botol air kepada mereka yang memerlukan di Bandar Jackson.
Sebuah bot bertanda “FEMA Rescue 4” diletakkan di atas treler sekali gus menunjukkan kehadiran kru kecemasan Persekutuan dalam misi itu.
Air banjir yang surut meninggalkan lapisan habuk tebal di jalan raya selain awan gelap menyelubungi sekali gus menandakan lebih banyak hujan untuk beberapa hari akan datang.
Sekitar 55 kilometer ke selatan dalam komuniti kecil Buckhorn, sukarelawan di pusat pengedaran memberitahu 700 hingga 800 orang datang pada Ahad sahaja untuk mengumpul bekalan sumbangan kepada mangsa.
Banjir melanda Wilayah Kentucky yang mengalami kemiskinan yang teruk sejak dulu lagi didorong oleh kemerosotan industri arang batu yang menjadi nadi ekonominya.
“Ia menghapuskan kawasan yang mana orang ramai tidak mempunyai banyak pilihan untuk bermula,” kata Beshear.
Ancaman banjir lagi
Beberapa kawasan di timur Kentucky melaporkan menerima lebih daripada lapan inci (20 sentimeter) hujan dalam tempoh 24 jam.
Paras air Sungai Kentucky di North Fork, Whitesburg meningkat kepada 20 kaki dalam beberapa jam, jauh melebihi rekod sebelumnya iaitu 14.7 kaki.
Pusat Ramalan Cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran tentang potensi banjir di kawasan Amerika Syarikat, termasuk Kentucky tengah dan timur, hingga semalam.
“Ancaman banjir kilat akan berterusan sepanjang waktu tengah hari dan awal petang akibat hujan dan ribut petir dengan kadar hujan yang sangat lebat,” katanya dalam ramalan.
Presiden Joe Biden mengeluarkan deklarasi bencana untuk banjir Kentucky, membenarkan bantuan Persekutuan untuk menambah usaha pemulihan negeri dan tempatan.
Banjir Kentucky timur adalah yang terbaharu dalam siri peristiwa cuaca ekstrem yang dikatakan oleh saintis sebagai tanda perubahan iklim yang tidak dapat disangkal.
Hampir 60 orang terbunuh di Kentucky barat akibat puting beliung pada Disember 2021, bencana yang menurut Beshear memberi pengajaran untuk usaha semasa di hujung negeri itu.
“Kami belajar banyak pengajaran di Kentucky barat mengenai puting beliung yang dahsyat itu kira-kira tujuh bulan lalu, jadi kami memberikan sokongan sebanyak yang kami boleh dan kami bergerak pantas dari seluruh negeri untuk membantu,” katanya kepada CNN pada Sabtu lalu. -AFP