Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 28 KMKK DUN Lambir terima sijil pelanjutan, pelantikan
  • Utara
  • WILAYAH

28 KMKK DUN Lambir terima sijil pelanjutan, pelantikan

Utusan Sarawak 8 hours ago
TAHNIAH… Datuk Dr Ripin Lamat menyerahkan sijil pelanjutan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kepada Penghulu Kadir Ya’akub pada satu majlis di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Subis semalam.

BEKENU: Seramai 28 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir menerima sijil pelanjutan dan pelantikan di sini semalam.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan yang juga ADUN Lambir, Datuk Dr. Ripin Lamat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Subis.

Daripada jumlah tersebut, Ketua Masyarakat, Kadir Ya’akub menerima sijil pelanjutan perkhidmatan, manakala pelantikan baharu Ketua Kaum melibatkan Jefferi Maidin yang menggantikan penyandang terdahulu di Kampung Danau.

Selebihnya merupakan 26 Ketua Kaum sedia ada yang menerima pelanjutan perkhidmatan masing-masing.

Sehubungan itu, Ripin menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin akar umbi atas komitmen KMKK dan menyatakan keyakinan terhadap keupayaan terus memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar pembangunan kerajaan Sarawak.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan KMKK sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan, terutama dalam aspek penyampaian maklumat serta pelaksanaan program pembangunan di peringkat komuniti.

“Sebagai wakil kerajaan di peringkat akar umbi, KMKK harus sentiasa adil, amanah dan menjadi teladan kepada komuniti.

“Mereka (KMKK) juga perlu mendukung semangat perpaduan serta kesejahteraan rakyat pelbagai kaum,” tegas beliau.

Turut hadir Pegawai Daerah Subis, Norlila Ulis, Penghulu Hasan Lajim dan Penghulu Mokeng Tambom.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perhebat usaha dekati masyarakat, tingkatkan ilmu keselamatan kebakaran
Next: Kerajaan sasar Selangau jadi pusat penanaman kopi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.