Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 277 mangsa banjir di enam kawasan Daerah Beluru setakat hari ini
  • Utara
  • WILAYAH

277 mangsa banjir di enam kawasan Daerah Beluru setakat hari ini

Utusan Sarawak 1 day ago
 PARAS Air meningkat di kawasan Rh Adin Sg Kelabit setinggi 0.64 meter. Foto APM Beluru.

MARUDI: Seramai 277 mangsa daripada enam kawasan di Daerah Beluru terjejas akibat banjir setakat 1.00 petang hari ini, susulan hujan lebat berterusan sejak 8 Disember 2025.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluru Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata kawasan yang terlibat ialah Rumah William Saba yang mencatatkan kenaikan paras air setinggi 0.52 meter.

Menurutnya, paras air di Rumah Dasu, Sungai Tisam, Bukit Nyaming meningkat 1.28 meter, manakala di Rumah Keyai, Sungai Lutong, Bakong dilaporkan menurun sebanyak 1.02 meter.

ANGKATAN Pertahanan Awam Daerah Beluru mempergiatkan pemantauan di Rh Malaysia Sg Tisam, Bakong. Foto APM Beluru

“Selain itu, Rumah Malaysia di Sungai Tisam, Bakong merekodkan kenaikan paras air setinggi 0.9 meter, Rumah Adin di Sungai Kelabit, Bakong meningkat 0.64 meter manakala Sekolah Kebangsaan Sungai Kelabit mencatatkan kenaikan 0.37 meter,” katanya.

Beliau yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi berkata, sebanyak 319 pek makanan telah diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan terlibat bagi memenuhi keperluan asas mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai 735 individu turut terjejas banjir di Daerah Telang Usan melibatkan empat lokasi, iaitu dua rumah panjang, sebuah sekolah rendah dan Klinik Kesihatan Long Bemang setakat 8.00 malam tadi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan segera berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya paras air di kawasan masing-masing terus meningkat.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Banjir Bekenu: PPS bakal dibuka, keselamatan penduduk diutamakan
Next: Program kebajikan perkukuh sokongan kepada komuniti berkeperluan khas di Batu Kitang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.