Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 27 tan metrik bahan buangan dikumpul
  • TEMPATAN

27 tan metrik bahan buangan dikumpul

Utusan Sarawak 5 years ago
KITAR SEMULA… Warga Matang membawa peralatan elektonik untuk dijual dan dikitar semula semasa Program Pengumpulan Sisa Elektrik Dan Elektronik Isi Rumah Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak 2020 di Metro City, Matang semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING: Lebih 27 metrik tan bahan buangan elektrikal dan elektronik berjaya dikumpul oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak dan Syarikat GVE Strategic Waste Sdn Bhd, semalam.

Kempen yang diadakan di Metro City Matang ini adalah sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2020 dengan tema ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.’

Pengarah JAS Negeri Sarawak, Hamzah Mohamad berkata, semua bahan buangan yang berjaya dikumpul ini nanti akan dilupuskan mengikut peraturan alam sekitar dan akan dikitar semula.

“Program pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste) ini adalah di bawah inisiatif Kementeriam Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan sasaran pengumpulan buangan e-waste di seluruh negara sebanyak 200MT bagi 2020.

“Kempen tersebut akan diadakan di seluruh negara bermula 23 September hingga 21 Oktober ini dengan penetapan pengumpulan e-waste sebanyak 63, 000 kilogram seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kempen Pengumpulan Buangan E-Waste di Metro City, Matang, semalam.

Tambahnya, pihak JAS Negeri Sarawak akan mengadakan aktiviti pengumpulan bahan e-waste di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tun Abdul Razak pada 31 Oktober nanti dan di Bintulu pada 7 dan 8 November depan.

Ujarnya, objektif program ini adalah untuk memupuk dan meningkatkan keprihatinan dan tanggungjawab orang awam dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Selain itu, program ini meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang awam mengenai sistem pengurusan e-waste di Malaysia serta memastikan pengurusan dan pengumpulan buangan peralatan elektrik dan elektronik dapat dilaksanakan dengan lebih Environmentally Sound Management (ESM), ” katanya.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: RM1.8 juta diperuntukkan untuk kebajikan rakyat
Next: Beri mandat kepada GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.