Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 27 pintu Rumah Panjang Nanga Mujan musnah dalam kebakaran
  • KEMALANGAN

27 pintu Rumah Panjang Nanga Mujan musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 2 years ago

MUSNAH… Rumah Panjang Nanga Mujan dekat Ulu Skrang, Engkilili terbakar 3.30 petang tadi.

ENGKILILI: Satu kejadian kebakaran dilaporkan sedang berlaku di Rumah Panjang Nanga Mujan dekat Ulu Skrang di sini, sebentar tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran di rumah panjang berkenaan pada 3.32 petang tadi.

“PGO Sarawak dari Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 maklum bahawa ada kejadian kebakaran berlaku terhadap Rumah Panjang Nanga Mujan yang mengandungi sejumlah 27 pintu.

“Sebaik sahaja maklum mengenai kejadian itu pihak PGO Sarawak telah bertindak mengarahkan keluaran pasukan kawalan operasi (PKO) untuk ke lokasi rumah panjang berkenaan,” katanya.

Setibanya di lokasi, komander operasi iaitu Vincet Baling Yabi selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah melaporkan rumah panjang berkenaan sudah pun musnah terbakar 100 peratus.

Katanya lagi, kesemua penghuni rumah panjang berkenaan dilapor berjaya menyelamat diri dengan tiada kecederaan dilaporkan berlaku susulan kejadian kebakaran tersebut.

“Kerja-kerja pemadaman kebakaran di rumah panjang berkenaajn sedang dijalankan,” kata PGO Sarawak berkenaan.

Operasi memadam kebakaran berkenaan melibatkan sejumlah lima anggota dan turut melibatkan

kehadiran dua anggota dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Betong.

Setibanya pasukan bomba di lokasi, komander operasi lapor kebakaran melibatkan Rumah panjang 27 pintu telah musnah terbakar 100 peratus, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera kereta dipandu terbabas
Next: Lelaki cedera kereta dipandu langgar tiang konkrit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.