Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 27 peserta sertai Kelas Ngajat di Kampung Krangan Jaya
  • Tengah
  • WILAYAH

27 peserta sertai Kelas Ngajat di Kampung Krangan Jaya

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAMAI sembilan peserta lelaki dan 18 peserta perempuan telah menyertai Kelas Ngajat edisi ke-22 kali ini.

BALAI RINGIN: Seramai 27 peserta telah mengambil bahagian dalam Kelas Ngajat Edisi Ke-22 di Kampung Krangan Jaya baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Dayak Bukit Kelingkang (DBK) Cawangan Melikin dengan kerjasama Persatuan Masyarakat Dayak Sarawak (PEMADAS) itu bertujuan memartabatkan seni dan budaya tradisional Dayak, khususnya tarian Ngajat.

Pengasas DBK, Vistor Ason, menegaskan warisan budaya perlu diperkasa dari peringkat akar umbi bagi memastikan ia tidak hilang ditelan arus pemodenan.

“Ngajat bukan sekadar tarian, ia lambang identiti dan maruah masyarakat kita. Komitmen anak-anak muda sangat membanggakan dan menjadi asas kepada kesinambungan budaya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PEMADAS, Ali Singka, menyeru kerjasama erat antara pertubuhan masyarakat dan komuniti kampung bagi mengukuhkan jati diri etnik Dayak melalui program seumpama ini.

“PEMADAS komited untuk terus menyokong dan memperluas inisiatif ke kawasan lain agar setiap generasi dapat mengenali, menghormati dan mewarisi budaya sendiri,” katanya.

Kelas Ngajat ini bukan sahaja menjadi platform pembelajaran teknik tarian yang memerlukan ketangkasan dan ketahanan, tetapi juga memperkukuh semangat dan kebanggaan etnik melalui pemahaman irama alat muzik tradisional seperti gong, gendang panjang dan engkerumong.

Program ini membuktikan bahawa usaha pemuliharaan budaya tradisional dapat disuburkan melalui pendidikan berterusan dan kolaborasi erat antara masyarakat, pemimpin setempat serta organisasi akar umbi.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Penduduk Ulu Lasi perlukan bekalan air bersih dan bantuan pertanian
Next: Leonard Libau dilantik sebagai Temenggung komuniti Iban Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.