Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 27 pelajar UIAM lawat Pusat Kelab Sape Dayak Sibu untuk kajian akademik
  • PENDIDIKAN

27 pelajar UIAM lawat Pusat Kelab Sape Dayak Sibu untuk kajian akademik

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGALAMAN…Sharifah (duduk dua kiri), Ismail (duduk tengah), Anthony (duduk, dua kanan) serta ahli-ahlinya merakamkan kenangan bersama rombongan pelajar dari UIAM semasa melawat Pusat KSDS di Sibu pada Khamis.

SIBU: Seramai 27 pelajar jurusan Seni Gunaan dan Rekabentuk (Applied Arts and Design) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuala Lumpur mengadakan lawatan akademik ke Pusat Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) di Jalan Kampung Datu di sini, semalam.

Rombongan berkenaan diiringi dua pensyarah, Penolong Profesor Dr Sharifah Tahirah Syed Kamarulzaman, dan Pereka Dalaman Profesional Teknologis Ismail Jasmani, sebagai sebahagian daripada siri jelajah Kupuo’ Baleh Menyulam Cerita Bumi Kenyalang.

Menurut Sharifah, lawatan itu bertujuan menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan alat muzik tradisional Sape untuk kegunaan pembelajaran pelajar dalam subjek seni dan rekabentuk.

“Kami berada di Sibu selama dua hari untuk meneliti aspek seni dan rekabentuk sape melalui kerjasama dengan KSDS. Kami amat berbesar hati dengan sambutan mesra yang diberikan,” katanya ketika berucap pada sesi lawatan tersebut.

Selain KSDS, rombongan itu turut melawat Universiti Teknologi Sarawak (UTS), rumah panjang di Bawang Assan dan beberapa lokasi lain sebelum meneruskan perjalanan ke Miri, seterusnya pulang ke ibu negara pada 10 Ogos.

Pengerusi KSDS, Anthony Abong, berkata lawatan itu adalah yang pertama daripada UIAM ke pusat berkenaan dan pihaknya sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin mempelajari tentang sape.

“Selain teknik memetik sape, kami juga berkongsi sejarah dan asal usulnya, termasuk koleksi bergambar, bertulis dan sape asli untuk tujuan kajian,” katanya.

Sepanjang lawatan, pelajar berpeluang menghadiri ceramah sejarah sape, melihat demonstrasi pembuatan, mengunjungi pameran, mencuba memetik sape dan bermain alat muzik tradisional Iban, Betaboh.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: UTS peroleh dua bas mini, mudahkan pergerakan pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.