Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 27 PATI, 4 warga tempatan dicekup
  • TEMPATAN

27 PATI, 4 warga tempatan dicekup

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN DAN DIRAMPAS… Pendatang tanpa izin (PATI) dan warga tempatan yang ditahan
bersama barangan seludup terkawal di sempadan Sarawak-Kalimantan pada malam Selasa.

ZARINA ABDULLAH

SERIAN: Seramai 27 orang Pendatang Haram Tanpa Izin (PATI) Indonesia bersama empat warga tempatan ditahan Pasukan Batalion ke 10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) dalam cubaan penyeludupan barangan terkawal di sempadan Sarawak-Kalimantan pada malam Selasa.

Jurucakapnya berkata, ia merangkumi 20 lelaki dan tujuh perempuan PATI bersama tiga lelaki dan seorang perempuan tempatan ditahan selepas didapati melaksanakan aktiviti penyeludupan barang ke Indonesia dari Malaysia melalui laluan yang tidak sah.

“Semasa operasi dilaksanakan di kawasan sempadan, pihak kita mendapati sebuah kereta utiliti sukan (SUV), lori dan sebuah motosikal dalam keadaan yang mencurigakan sekitar 7.30 malam.

“Kesemua kenderaan yang dilihat datang dari arah Malaysia menuju ke sempadan Indonesia (600 meter dari Sempadan Malaysia-Indonesia) kemudiaannya ditahan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemui muatan yang penuh dengan bekalan makanan asas yang cuba diseludup keluar dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, kesemua kenderaan yang ditahan bersama PATI dan warga tempatan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian pada jam 8 malam dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut.

“Senarai barangan yang ditahan dalam tangkapan tersebut adalah bawang, sosej, maruku ikan, daging beku, tong racun dan wang tunai berjumlah RM27,500 bernilai keseluruhan adalah RM169,154.65 termasuk kenderaan,” jelasnya.

Beliau berkata, melihat kepada perkembangan semasa penularan wabak Covid-19 di Sarawak dan Kalimantan, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berwaspada dan bersiap sedia dalam menangani sebarang ancaman terutama isu jenayah rentas sempadan dan penyeludupan barangan terkawal.

Continue Reading

Previous: Skuad Sayang Tanjong Datu agih sumbangan
Next: Petugas pantau operasi sektor ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.