Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 27 kumpulan sertai Pertandingan Tarian Moden ‘Dance In Borneo’ 2.0 di Miri
  • TEMPATAN

27 kumpulan sertai Pertandingan Tarian Moden ‘Dance In Borneo’ 2.0 di Miri

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO Sebastian Ting menunjukkan poster Pertandingan Tarian Moden ‘Dance In Borneo’ 2.0 selepas sesi sidang media di Pusat Khidmat Piasau, hari ini.

MIRI: Sebanyak 27 kumpulan tarian termasuk dua pasukan dari Indonesia bakal menyertai Pertandingan Tarian Moden ‘Dance In Borneo’ 2.0 pada 30 Ogos ini di Stadium Tertutup Miri.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I (Pelancongan), Dato Sebastian Ting berkata, edisi kali kedua ini menampilkan penyertaan lebih meluas berbanding 2023 dengan kategori utama K-POP dan Persembahan Terbuka

“Pertandingan ini bukan sekadar acara tarian, tetapi platform yang menghimpunkan kreativiti, bakat dan kepelbagaian budaya.

“Ia berpotensi menjadi acara tanda aras bagi Miri, sekali gus menyemarakkan industri kreatif tempatan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan komuniti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Piasau, hari ini.

Juri profesional dari Korea, Thailand, Indonesia dan Kuala Lumpur akan mengadili pertandingan yang dijangka menarik lebih 2,700 penonton. Pelaburan besar turut dibuat dari segi teknikal termasuk sistem bunyi bernilai RM80,000.

Selain sokongan kerajaan, pihak penganjur turut mendapatkan penajaan sektor swasta serta menawarkan tiket harga istimewa untuk pelajar bagi menarik kehadiran.

Dato Ting menggesa semua pihak berganding bahu menjayakan acara ini dan mengangkat Miri sebagai hab seni budaya serta destinasi acara kreatif bertaraf dunia.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Insentif menarik menanti pengunjung di pameran MATTA Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.