Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 27 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul peringkat Meradong
  • WILAYAH

27 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul peringkat Meradong

Utusan Sarawak 6 hours ago
TANDA KENANGAN…Ahli Parlimen Tanjong Manis,Ir. Yusuf Abd Wahab bergambar bersama kontinjen yang mengambil bahagian. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

BINTANGOR: Sebanyak 27 kontinjen menyertai perarakan dan perbarisan sejauh lebih kurang tiga kilometer sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Meradong 1447H/2025M.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab meluahkan rasa bangga dengan jumlah penyertaan yang besar serta semangat ditunjukkan semua kontinjen pada tahun ini.

“Saya sangat berbesar hati melihat jumlah keseluruhan kontinjen yang besar yang mengambil bahagian dalam perarakan kali ini iaitu sebanyak 27 kontinjen.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua kontinjen atas semangat dan penyertaan yang amat membanggakan ini,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Meradong bertempat di pekarangan Masjid Darul Taqwa, hari ini. 

TANDA KENANGAN…Ahli Parlimen Tanjong Manis,Ir. Yusuf Abd Wahab bergambar bersama kontinjen yang mengambil bahagian. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

Katanya, sambutan Maulidur Rasul adalah kesempatan yang amat bermakna untuk mengenang kembali perjuangan serta pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan syiar Islam.

“Kehidupan baginda adalah contoh terbaik dan teladan sempurna bagi kita semua. Baginda adalah seorang pemimpin yang adil, pendidik yang sabar, suami yang penyayang dan sahabat yang setia,” katanya.

Tambahnya, perjuangan Rasulullah SAW bukan hanya mengubah satu bangsa tetapi mengubah seluruh tamadun manusia dan semangat perjuangan itu wajar dijadikan pedoman umat Islam.

“Kita jadikan setiap cabaran sebagai peluang untuk memperkukuh perpaduan. Kita suburkan kembali semangat ukhuwah Islamiah dan kita perkukuhkan hubungan sesama kita tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Jadikanlah sifat-sifat mulia baginda sebagai pedoman dalam setiap tindakan dan tutur kata kita,” katanya lagi. 

PERARAKAN…Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Meradong. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

Katanya, tema sambutan tahun ini, Ummah Maju Makmur sangat bertepatan dengan usaha menyatukan fikiran, menyeragamkan tindakan serta memacu kecemerlangan umat Islam agar terus bersatu padu, maju dan makmur.

“Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 103 yang bermaksud: Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah SWT semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah.

“Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Kaitan orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain,” katanya. 

TANDA KENANGAN…Ahli Parlimen Tanjong Manis,Ir. Yusuf Abd Wahab bergambar bersama kontinjen yang mengambil bahagian. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

Jelasnya, perpaduan perlu sentiasa dipupuk bagi memastikan ummah terus berjaya manakala perpecahan hanya akan melemahkan masyarakat.

“Semoga sambutan seperti ini akan terus menyemai kasih sayang, perpaduan dan kerjasama erat di kalangan warga Bintangor tanpa mengira budaya, bangsa dan agama,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Generasi muda perlu fahami erti Hari Sarawak dan Hari Malaysia
Next: SABERKAS Dudong tampil santuni mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.