Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 2,685 pemilik kenderaan mewah gagal perbaharui LKM – JPJ
  • JENAYAH

2,685 pemilik kenderaan mewah gagal perbaharui LKM – JPJ

Utusan Sarawak 15 hours ago
MUHAMMAD KIFLI…..Ketika ditemui pemberita selepas Meluncur Ops Khas Krismas di Terminal Bas Sibu, Jalan Pahlawan, di Sibu, malam ini. Turut kelihatan, Zulkipli (kiri).

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah merekodkan seramai 2,685 pemilik kenderaan mewah yang gagal mematuhi keperluan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam tempoh setahun, sehingga semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Dato’ Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, daripada jumlah tersebut, kenderaan jenama Porsche mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 1,887 unit, diikuti Ferrari (223), Lamborghini (195), Bentley (172), Maserati (88), Rolls-Royce (64) dan Aston Martin (56).

Menurutnya, JPJ ingin menegaskan bahawa kegagalan memperbaharui LKM merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan yang digunakan tanpa LKM sah boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, termasuk kompaun, sitaan serta tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Malah, kenderaan tanpa LKM yang sah, berisiko tidak dilindungi insurans, sekali gus memberi implikasi kewangan dan liabiliti kepada pemilik dan orang ramai sekiranya berlaku kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas Meluncur Ops Khas Krismas di Terminal Bas Sibu, Jalan Pahlawan, di sini malam ini.

Dalam masa yang sama, sejurus pengumuman Menteri Pengangkutan berhubung pelaksanaan Ops Luxury, JPJ turut merekodkan prestasi pembaharuan LKM yang ketara melibatkan 2,921 kenderaan mewah dengan jumlah kutipan pembaharuan mencecah RM34.47 juta.

Daripada jumlah ini, katanya, Porsche sekali lagi mencatatkan angka tertinggi dengan 10,142 kenderaan dan kutipan sebanyak RM17.94 juta.

Untuk rekod, sehingga hari ini, sebanyak 855 kenderaan mewah telah disita oleh JPJ sejak Ops Luxury dilaksanakan bermula Julai 2025.

“JPJ menggesa semua pemilik kenderaan, khususnya pemilik kenderaan mewah, agar bertanggungjawab dan memastikan LKM sentiasa diperbaharui mengikut tempoh yang ditetapkan,” kata beliau.

Semakan dan pembaharuan boleh dilakukan melalui saluran rasmi JPJ seperti portal MySikap dan aplikasi MyJPJ bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

JPJ akan terus mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan tanpa kompromi bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap terbaik demi keselamatan dan kepentingan awam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Mayat wanita dalam beg: Seorang lagi lelaki ditahan bantu siasatan
Next: Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.