Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 26 warga SK Bandar Bintangor sertai latihan pengungsian dan keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

26 warga SK Bandar Bintangor sertai latihan pengungsian dan keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 2 days ago

PENGUNGSIAN BANGUNAN… Pihak bomba menjalankan latihan pengungsian bangunan bersama warga SK Bandar Bintangor. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 26 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor terdiri daripada 19 murid asrama dan tujuh guru terlibat dalam latihan pengungsian bangunan dan ceramah keselamatan kebakaran yang diadakan pada 11.30 malam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai langkah keselamatan serta prosedur yang betul ketika berlakunya kebakaran, khususnya di kawasan asrama.

“Program seperti ini penting untuk meningkatkan kesedaran awal dan kesiapsiagaan pelajar serta guru menghadapi situasi kecemasan, selain memberi kefahaman mengenai pengungsian bangunan yang teratur dan selamat. 

“Ia dijalankan dengan pengawasan lima orang anggota bomba yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang selaku penyelia pasukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, antara pengisian aktiviti adalah latihan pengungsian bangunan dan taklimat kesedaran keselamatan kebakaran yang memberi pendedahan tentang tindakan segera yang perlu diambil sewaktu kecemasan.

“Program ini juga memberi peluang kepada murid-murid asrama untuk merasai simulasi kecemasan pada waktu yang realistik.

“Kebakaran boleh berlaku tanpa mengira masa. Justeru, latihan pada waktu malam memberi gambaran situasi lebih hampir kepada insiden sebenar,” katanya.

Beliau juga berharap lebih banyak sekolah, khususnya yang mempunyai asrama, dapat melaksanakan program seperti ini secara berkala sebagai langkah pencegahan dan persediaan awal.

“Program selesai sepenuhnya pada jam 12.10 tengah malam dan berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama baik daripada pihak sekolah,” katanya lagi. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Meradong jalankan lawatan pemantauan di SMK Meradong
Next: Karnival Selangau 2025 cerminkan pembangunan luar bandar berteraskan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.