Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 26 warga asing ditahan dalam Ops Selera di Kuching
  • JENAYAH

26 warga asing ditahan dalam Ops Selera di Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
DITAHAN… Seramai 26 warga asing ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dalam satu operasi bersepadu dikenali sebagai Ops Selera yang dijalankan, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Seramai 26 warga asing ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dalam satu operasi bersepadu dikenali sebagai Ops Selera yang dijalankan, baru-baru ini.

Operasi tersebut melibatkan seramai 29 pegawai imigresen yang digerakkan bagi membanteras kehadiran warga asing yang melanggar peraturan imigresen, khususnya di premis-premis makanan yang menjadi antara tumpuan utama pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua individu yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah. Kebanyakan daripada mereka didapati bekerja di premis makanan di sekitar bandar ini.

DITAHAN… Seramai 26 warga asing ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dalam satu operasi bersepadu dikenali sebagai Ops Selera yang dijalankan, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Selain itu, operasi turut memberi tumpuan kepada beberapa premis perjudian yang dipercayai berselindung di sebalik kedai makan di kawasan Jalan Green. Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan wujudnya aktiviti menyalahi undang-undang yang dijalankan secara tersembunyi di lokasi berkenaan.

Semua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen untuk siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya. Pihak imigresen menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen serta menjalankan aktiviti haram.

Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini sentiasa terpelihara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Cubaan seleweng diesel 10,000 liter digagalkan di Kuching
Next: Ops Serkap: 16 warga asing ditahan di Lundu  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.