Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi esok kerana banjir
  • PENDIDIKAN

26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi esok kerana banjir

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEKITAR pemantauan paras air di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau, semalam. Foto APM Selangau

KUCHING: Sebanyak 26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat memulakan operasi pada hari pertama sesi persekolahan esok kerana masih terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri Omar Mahli.

Beliau berkata hasil tinjauan yang dilakukan pada hari ini mendapati, tiga sekolah yang terjejas terletak di Daro, Mukah di Selangau, Sibu (4) dan Tatau,Sebauh di Bintulu (19). 

“Sekolah yang terlibat ialah SK KG Pangtray, SK OK Selair, SJK (C) Chung Hua di Daro; dan SK Nanga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sg Arip dan SK St Mark di Selangau.

“Manakala 19 buah sekolah di Tatau dan Sebauh membabitkan SJK (C) Chung Hua Tatau, SJK(C) Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Ng Penyarai, SK Ng Tau, SK Pandan, SK Rh Tayai, Sk Sebauh, SK Sg Bukit Balai, SK Sg Genaan, SK Sg Sebungan, SK Sg Sengian dan SK Sg Bagian,” katanya.

Beliau berkata sekolah tersebut tidak dapat beroperasi disebabkan kawasan sekolah yang masih digenangi air, selain jalan di kawasan kediaman atau kampung tidak dapat diakses kerana banjir.

Sementara itu, Omar berkata lapan sekolah  di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tujuh di Serian dan satu di Selangau.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Agihan Bantuan Awal Persekolahan selesai selewat-lewatnya hujung minggu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.