
MARUDI: Seramai 26 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan Melastik Tertutup Marudi 2025 di pekarangan Bangunan Gunasama Persekutuan Marudi baru-baru ini.
Penyelaras program, pertandingan Melastik Tertutup Marudi 2025, Nazri Bakawi berkata pertandingan ini diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 dan merupakan buat pertama kali diadakan di Marudi.
Menurut Nazri aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga jabatan dan komuniti setempat.

Katanya, aktiviti anjuran Kelab Sosial dan Kebajikan, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak cawangan Pejabat Tenaga Kerja Marudi ini mendapat sambutan menggalakkan terdiri daripada warga pejabat Tenaga Kerja Marudi, agensi kerajaan sekitar Marudi serta peserta jemputan dari Miri.
Sementara itu, Abdul Afiq Syamim muncul johan, manakala naib johan disandang oleh Saidi Sniper dan Wan Hashim meraih tempat ketiga.
Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Mohd Zaini Zulkiflee dan Nurzuliani.
Pemenang tempat pertama hingga ketiga masing-masing menerima hadiah piala dan sijil penghargaan, manaka tempat keempat dan kelima menerima medal dan sijil penghargaan.
Kesemua hadiah disampaikan oleh Nazri Bakawi.
Oleh Jiku Juguong