26 pelajar cemerlang SPM, STPM di Baram terima pengiktirafan Yayasan Sarawak

Facebook
WhatsApp
TAHNIAH…Angelo Wan Maurice dari SMK Marudi ditemani ibu bapa menerima sijil dan hadiah disampaikan Datuk Dr Penguang Manggil. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 26 pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 menerima sijil serta hadiah daripada Yayasan Sarawak sempena Ekspo Pendidikan FTES Yayasan Sarawak di Dewan Suarah Baram, di sini, semalam.

Daripada jumlah itu, 17 penerima merupakan pelajar cemerlang SPM manakala sembilan lagi ialah pelajar cemerlang STPM.

Penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil.

Penerima anugerah cemerlang SPM ialah Arnold Fernandes Kenidi (SMK Tinjar), Caroline Usun Ding (SMK Long Lama), Angelo Wan Maurice (SMK Marudi), Muhammad Danish Azfar Saharudin (SMK Marudi), Bryan Hii Ngo Qin (SMK Telang Usan), Mohammad Azril Alwie (SMK Telang Usan), Dayang Syaimaa Awang Aruan (SMK Telang Usan), Sharifah Nurin Firzanah Wan Mohamad Fakeh (SMK Telang Usan), Elizabeth Herman Anyi (SMK Long Bedian), Jacklynmary Asong Jacob (SMK Tinjar), Alexson Giri Serman (SMK Tinjar), Olivianna Usun Tommy (SMK TDLJ), Gracy Ben (SMK Long Lama), Pethchellyes Hendrix Gofery (SMK Marudi), Adrian Adli Anaqi Abdullah (SMK Marudi), Abraham Kaya Frazier (SMK Marudi) dan Ho Chia Enn (SMK Telang Usan).

Sementara itu, penerima anugerah cemerlang STPM ialah Elvin Jok Baling, Felisa Vun Wu Yun, Jessica Nicholas Babu, Nurhalizawati Abdullah, Paula Ronnie Robert, Gelvrien Lening Sebah Harun, Marissa Mujan Mering dan Nathalie Laleng Julian, masing-masing dari SMK Marudi, serta Diether Lusat Gloria Bungan dari SMK Long Lama.

Oleh Jiku Juguong

FTES bukti komitmen Sarawak perkasa pendidikan

DARO: Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap anak Sarawak yang berkelayakan berpeluang

FTES bukti komitmen Sarawak perkasa pendidikan

DARO: Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap anak Sarawak yang berkelayakan berpeluang