Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 26 cedera akibat panik selepas gempa bumi landa Turkiye
  • GLOBAL

26 cedera akibat panik selepas gempa bumi landa Turkiye

Utusan Sarawak 21 hours ago
GEMPA bumi bermagnitud 6.1 melanda wilayah Balikesir di barat Turkiye lewat Isnin 28 Oktober 2025.

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 26 cedera dan empat bangunan runtuh selepas gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda wilayah Balikesir di barat Turkiye lewat Isnin, menurut pihak berkuasa pada Selasa malam dalam kemas kini terkini, lapor Xinhua.

Dalam hantaran di platform media sosial X, Menteri Kesihatan Kemal Memisoglu memaklumkan jumlah kecederaan meningkat daripada 19 kepada 26, dengan kebanyakan kecederaan berpunca daripada panik dan tindakan orang ramai yang terjun dari tempat tinggi.

KEROSAKAN fizikal termasuk beberapa bangunan usang runtuh selepas berlaku gempa bumi, walaupun tiada mangsa di dalam bangunan yang runtuh ketika kejadian.

Beliau berkata kesemua mangsa telah menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar.

Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya memberitahu pemberita di lokasi kejadian bahawa tiga bangunan yang tidak digunakan dan sebuah kedai telah musnah.

Yerlikaya berkata sebanyak 100 kontena perumahan sementara telah dihantar ke kawasan berkenaan, manakala Balikesir telah menerima bayaran sokongan kecemasan berjumlah 25 juta lira Turkiye (kira-kira AS$596,000) bagi membantu usaha bantuan.

PIHAK berkuasa memberi amaran agar orang ramai agar tidak masuk ke dalam bangunan yang sudah retak.

Ketika pemeriksaan di lapangan masih diteruskan, pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memasuki bangunan yang mengalami kerosakan.

Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) dalam satu kenyataan di platform X pada Isnin memaklumkan bahawa gempa itu berlaku di daerah Sindirgi, Balikesir pada 10.48 malam waktu tempatan (1948 GMT) pada kedalaman 5.99 kilometer (km).

Gegaran itu turut dirasai di wilayah berhampiran termasuk Istanbul, Bursa dan Izmir.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa berhampiran Kepulauan Tanimbar, tiada amaran tsunami
Next: Tujuh maut akibat Taufan Melissa di Jamaica

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.