Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 25,000 usahawan disasar mencarum Skim SKSPS
  • NASIONAL

25,000 usahawan disasar mencarum Skim SKSPS

Utusan Sarawak 3 years ago

JOHOR BAHRU, 22 Feb -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar (dua, kiri) menyerahkan nota perlindungan Perkeso kepada N.Selvi (tiga, kiri) pada Majlis Pelancaran Kempen Mencarum Perkeso Usahawan Tekun hari ini.? Hadir sama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan (tiga, kanan), Timbalan Ketua Setiausaha (pembangunan Usahawan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Zamri Salleh (kiri), Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia A.Maniam (dua, kanan). ??--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar menyerahkan nota perlindungan Perkeso kepada N.Selvi pada Majlis Pelancaran Kempen Mencarum Perkeso Usahawan Tekun semalam. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan (tiga, kanan), Timbalan Ketua Setiausaha (pembangunan Usahawan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Zamri Salleh, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia A.Maniam. • Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Tekun Nasional menyasarkan 25,000 usahawannya mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menerusi ‘Kempen Mencarum Perkeso Usahawan Tekun’.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata kempen dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) itu dilaksanakan dengan matlamat meningkatkan kesedaran golongan usahawan mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial, di samping menggalakkan golongan itu mencarum dengan Perkeso.

“Sehingga kini 16,830 orang usahawan Tekun telah mencarum di bawah SKSPS. Justeru, kempen ini mendokong matlamat untuk menarik lebih ramai usahawan Tekun untuk mencarum SKSPS.

“Saya juga berharap Tekun Nasional dapat memikir dan mempertimbangkan bagaimana cara supaya semua usahawan ini dapat diwajibkan untuk mencarum dengan Perkeso sepanjang tempoh pembiayaan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen berkenaan di sini semalam.

Sementara itu Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan yan turut hadir di majlis pelancaran hari ini menyifatkan inisiatif itu penting untuk memastikan jaringan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS), khususnya dalam kalangan usahawan di Malaysia.

“Di bawah SKSPS, golongan usahawan dan peniaga akan dilindungi daripada bencana pekerjaan sendiri termasuklah penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod sehingga 18 Februari, sebanyak 360,469 atau kira-kira 15 peratus OBS di seluruh negara telah mencarum dengan SKSPS dari jumlah keseluruhan OBS di negara ini iaitu kira-kira 2.38 juta.

Sementara itu, menurutnya lebih RM6 juta telah dibayar oleh Perkeso kepada 2,142 penerima faedah dalam kalangan OBS.

Jumlah itu termasuk 169 penerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) yang diterima oleh waris OBS bagi kes yang melibatkan kematian semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sekolahku SEJAHTERA terap 14 elemen nilai kehidupan
Next: Kerajaan saran majikan tawar gaji minimum kepada pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.