Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 250 peserta meriahkan SAC
  • SUKAN

250 peserta meriahkan SAC

Utusan Sarawak 4 years ago
MULA … Upacara ‘fl ag-off’ acara berbasikal SAC 5.0 2021 di Pasar Siniawan Bau semalam yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan,Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

SERAMAI 250 peserta dari seluruh negeri telah menyertai Sarawak Adventure Challenge (SAC) 5.0 2021.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SAC 5.0 diadakan dengan mengikuti kapasiti dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Acara ini bertujuan untuk mempromosikan pengembaraan dan potensi rekreasi negeri bukan sahaja kepada pelancongan antarabangsa tetapi juga kepada penduduk tempatan.

“Dengan landskap yang terdapat dalam kawasan Siniawan yang mempunyai bukit bakau yang menarik, gua-gua dan laluan denai yang telah dibuat oleh pihak penganjur amat menarik sekali,” jelas beliau selepas merasmikan upacara ‘flag-off’ acara berbasikal SAC 5.0 2021 di Pasar Siniawan Bau semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berkata, agar program seumpama ini akan turut diadakan di kawasan lain seperti Belaga, Kapit, Bintulu dan juga Miri.

“Ia tertakluk dengan budi bicara pihak penganjur dengan tujuan mempromosikan industri pelancongan Sarawak melalui acara sukan.”

Continue Reading

Previous: Sedia ‘langgar’ lawan
Next: Kapit FA ‘ikat’ Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.