Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 25 sekolah sertai Program Atlet Kanak-Kanak 2025 Zon Mukah
  • SUKAN

25 sekolah sertai Program Atlet Kanak-Kanak 2025 Zon Mukah

Utusan Sarawak 9 hours ago
USAHA memperkasa pembangunan sukan peringkat akar umbi terus diperkukuh menerusi penganjuran Program Atlet Kanak- Kanak 2025 Siri 2.2 Peringkat Zon Mukah yang berjaya menghimpunkan penyertaan daripada 25 sekolah rendah melibatkan zon Mukah, Daro dan Dalat. -Foto UKAS

MUKAH: Usaha memperkasa pembangunan sukan peringkat akar umbi terus diperkukuh menerusi penganjuran Program Atlet Kanak-Kanak 2025 Siri 2.2 Peringkat Zon Mukah yang berjaya menghimpunkan penyertaan daripada 25 sekolah rendah melibatkan zon Mukah, Daro dan Dalat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program berasaskan sukan seperti ini bukan sekadar aktiviti rekreasi tetapi merupakan satu pelaburan penting dalam membentuk generasi muda yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing.

“Sukan adalah pemangkin perubahan sosial. Ia bukan sahaja melahirkan atlet, malah membentuk nilai kepimpinan, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penangguhan rasmi program tersebut yang berlangsung di Stadium Mukah, semalam.

Program ini dianjurkan secara kerjasama antara Persatuan Olahraga Negeri Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Perbadanan Sukan Sarawak.

Ia bertujuan mencungkil minat dan potensi awal kanak-kanak dalam bidang olahraga menerusi aktiviti fizikal interaktif seperti Sprint Hurdles, Cross Hopping dan Pole Long Jumping.

Beliau turut menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti dalam memupuk minat terhadap sukan sejak peringkat awal, sekali gus menyokong agenda pembangunan modal insan secara menyeluruh di Sarawak.

Jelasnya lagi, kerajaan Sarawak komited memberikan sokongan berterusan terhadap program pembangunan akar umbi seperti program ini yang bukan sahaja menyerlahkan bakat sukan tetapi juga membentuk sahsiah dan jati diri generasi muda. -UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sokongan RTG dapatkan tempat latihan kondusif untuk pemain profesional langkah tepat – Liu Ying
Next: Saberkas anjur Sepak Takraw Veteran, galak belia aktif sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.