Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
  • Tengah
  • WILAYAH

25 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 3 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan IPD Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran kawasan Engkilili, petang semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Sebanyak 25 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran kawasan Engkilili, petang kelmarin.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, operasi berkenaan dijalankan sebagai usaha memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta memastikan keselamatan awam terus terjamin.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (KBPJKKD) Lubok Antu, Inspektor Nelson Ensit dengan penyertaan seramai 19 anggota pelbagai pangkat.

Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 120 kenderaan diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan jalan raya serta mengesan sebarang kesalahan lain.

OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan IPD Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran kawasan Engkilili, petang semalam. Foto: IPD Lubok Antu

Selain itu, seramai 130 individu turut diperiksa dalam operasi tersebut bagi membantu polis mengenal pasti individu dikehendaki dan mencegah kegiatan jenayah.

Operasi bersepadu itu turut memberi fokus kepada usaha menurunkan kadar jenayah indeks, selain meningkatkan kehadiran polis di kawasan ‘hotspot’ sekitar daerah berkenaan.

Pada masa sama, tindakan penguatkuasaan juga tertumpu kepada pembanterasan kesalahan jenayah, penyalahgunaan dadah serta pelanggaran undang-undang trafik.

IPD Lubok Antu menegaskan pihaknya akan terus komited menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman masyarakat di daerah itu sentiasa terjamin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program Komuniti Batang Ai satukan agensi, penduduk nikmati pelbagai perkhidmatan
Next: SPM 2025: GPD 3.69, kelayakan sijil 97.59 peratus bukti komitmen warga pendidikan Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.