Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 projek dicadang bagi 2026, peruntukan RM5 juta
  • Selatan
  • WILAYAH

25 projek dicadang bagi 2026, peruntukan RM5 juta

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri bengkel penyediaan senarai projek RTP Bahagian Betong 2026 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong 

KUCHING: Sebanyak 25 projek telah dicadangkan untuk dilaksanakan menerusi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Kabong tahun 2026 dengan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata kesemua projek tersebut telah dibahagikan kepada tiga sektor utama.

“Sektor pertama iaitu pembinaan jalan dan jambatan yang melibatkan sebanyak 11 projek dengan peruntukan sebanyak RM2.16 juta.

“Sektor kedua iaitu pembinaan melibatkan sebanyak tujuh projek dengan jumlah RM1.42 juta, manakala sektor ketiga iaitu sosial melibatkan sebanyak tujuh projek turut menerima peruntukan sebanyak RM1.42 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Chee Kadir telah menghadiri bengkel penyediaan senarai projek RTP Bahagian Betong 2026 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Bengkel ini bertujuan menyelaras serta merangka perancangan pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal yang bakal memberi manfaat secara langsung kepada rakyat di kawasan Kabong khususnya.

Mengulas lanjut, Chee Kadir menjelaskan tiga agensi pelaksana utama yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan 10 projek, Majlis Daerah Saratok (MDS) sebanyak 12 projek dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) yang akan melaksanakan tiga projek.

“Kita amat menekankan pentingnya kerjasama antara semua agensi pelaksana bagi memastikan projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cekap dan memberi impak maksimum kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Miri belum terima Bantuan Wang Ihsan
Next: Projek JPD di DUN Kalaka giat dilaksanakan dengan kerjasama KKDW

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.