Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 25 peserta terima sijil Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS
  • PENDIDIKAN

25 peserta terima sijil Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAHNIAH… Peserta Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) KEMAS menerima sijil tamat pembelajaran yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Beluru Bakong, Aloysius Lisu, di Miri, semalam. Foto KEMAS Marudi

MARUDI: Seramai 25 orang peserta berjaya menamatkan Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diadakan di Rumah Panjang James Ugil, Sungai Nakat, Bukit Song.

Majlis penyampaian sijil serta perasmian program telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu bertempat di sebuah hotel di sini, semalam.

Dalam ucapannya, beliau berkata majlis tersebut bukan sahaja meraikan pencapaian para peserta, malah menjadi bukti komitmen berterusan dalam memperkasakan masyarakat melalui pendidikan dan latihan kemahiran.

Menurut beliau, program PKK seperti ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu, mengasah bakat serta meningkatkan keyakinan diri agar mampu berdikari dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada KEMAS Baram atas usaha murni menganjurkan kelas kemahiran tersebut.

Tambahnya lagi, usaha tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk menimba ilmu, malah meningkatkan kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

“Kepada semua peserta program ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah berjaya menamatkan pembelajaran ini dengan penuh dedikasi,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sijil yang diterima bukan sekadar sehelai kertas, sebaliknya menjadi simbol usaha gigih, komitmen serta semangat untuk terus menambah ilmu dan kemahiran.

Pada majlis tersebut, sijil penghargaan turut disampaikan kepada Lucy Umut (Kehadiran Terbaik) dan Deborah Dungkong Simon (Pelajar Terbaik).

Turut hadir ialah Pegawai KEMAS Daerah Marudi, Therry Noel George Anyi, Tuai Rumah Panjang Bukit Song, James Ugil, serta tenaga pengajar Kelas PKK, Mariam Dollah.

Oleh Jiku Juguong

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.