Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 peserta sertai Latihan Menyelamat di Air dan Laut anjuran BBP Batu Niah
  • Utara
  • WILAYAH

25 peserta sertai Latihan Menyelamat di Air dan Laut anjuran BBP Batu Niah

Utusan Sarawak 10 hours ago

LATIHAN… PBT II Rary Binjie ketika melaksanakan Latihan Asas Menyelamat di Air & Kelangsungan Hidup di Laut yang diadakan di kolam renang Borneo Tropical Rainforest Resort hari Ini.

MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah melaksanakan Latihan Asas Menyelamat di Air & Kelangsungan Hidup di Laut bertempat di Borneo Tropical Rainforest Resort hari Ini.

Ketua BBP Batu Niah, PBT II Rary Binjie berkata, latihan itu bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Katanya, latihan yang bermula pada 8.30 pagi hingga 2.30 petang itu melibatkan seramai 25 peserta, terdiri daripada anggota BBP Batu Niah, isteri anggota, serta kakitangan Borneo Tropical Rainforest Resort.

TEKNIK BETUL… PBT II Rary Binjie ketika mantau latihan kaedah menyelamatkan mangsa dengan utamakan keselamatan diri dalam situasi mendekati mangsa dengan cara selamat.

“Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik menyelamat di air secara teori dan praktikal.

“Antara fokus utama latihan ialah kaedah menyelamatkan nyawa dengan mengutamakan keselamatan diri penyelamat dan mangsa, mengenal pasti bahaya, menilai situasi, mendekati mangsa dengan cara selamat serta memberikan rawatan awal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SEDIA… PBT II Rary Binjie bersama anggotanya yang menyertai Latihan Asas Menyelamat di Air & Kelangsungan Hidup di Laut yang diadakan di kolam renang Borneo Tropical Rainforest Resort hari Ini.

Tambahnya, para peserta turut didedahkan dengan penggunaan peralatan penyelamatan yang betul serta kepentingan komunikasi efektif semasa operasi dijalankan bagi memastikan penyelamatan dilaksanakan secara lancar dan berkesan.

Program ini juga menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap keselamatan air, selain memperkukuh semangat kerjasama antara anggota bomba dan komuniti setempat, tegasnya.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM2 juta diperuntuk bagi Projek Mesra Rakyat 2025 Parlimen Sarikei
Next: 150 penduduk sertai program kesedaran keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.