Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 penghuni Rumah Rentap sertai kempen keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

25 penghuni Rumah Rentap sertai kempen keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA BBP Bintangor, Mahmudin Narudin (dua kanan) bergambar bersama penghuni Rumah Rentap, Teluk Batu. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 25 penghuni Rumah Rentap, Teluk Batu telah menyertai kempen keselamatan kebakaran menjelang musim perayaan di Teluk Batu pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya dalam memperkasakan pengetahuan masyarakat berkaitan keselamatan kebakaran.

“Program bermula pada 3.00 petang dan bertujuan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai aspek keselamatan kebakaran serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan terutama menjelang musim perayaan.

“Kesedaran awal mengenai aspek keselamatan kebakaran amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan serta melindungi nyawa dan harta benda, khususnya ketika musim perayaan apabila aktiviti di rumah menjadi lebih sibuk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

PENGHUNI Rumah Rentap mendengar penerangan daripada Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkenaan penggunaan dan penjagaan alat pemadam api. Foto BBP Bintangor 

Katanya, peserta diberikan taklimat ringkas berkaitan kesedaran kebakaran termasuk langkah-langkah awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

“Program ini turut memberi pendedahan mengenai penggunaan dan penjagaan alat pemadam api bagi memastikan penghuni rumah dapat bertindak dengan lebih pantas sekiranya berlaku kebakaran kecil.

“Selain itu, peserta turut diberikan perkongsian mengenai pengendalian kebakaran yang melibatkan dapur memandangkan insiden kebakaran dapur sering berlaku akibat kecuaian ketika memasak,” katanya.

Tambahnya, aspek keselamatan pendawaian elektrik dan penggunaan soket secara berlebihan juga diberi perhatian kerana ia antara punca utama kebakaran rumah.

“Masyarakat perlu sentiasa memastikan sistem pendawaian berada dalam keadaan baik dan mengelakkan penggunaan peralatan elektrik yang melebihi kapasiti soket,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Saberkas Prihatin perkukuh hubungan pemimpin dan masyarakat
Next: GPS terus pacu pembangunan Sarawak melalui kestabilan politik dan perpaduan kaum.

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.