
BAU: Sebanyak 25 kenderaan diperiksa, merangkumi lapan kereta dan 17 motosikal, manakala 27 individu turut diperiksa, terdiri daripada 25 lelaki dan dua perempuan, dalam satu Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di sini, semalam.
Operasi ini melibatkan lima pegawai dan anggota daripada pelbagai bahagian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baudan dijalankan antara 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Hasil pemeriksaan, tiga saman dikeluarkan atas kesalahan iaitu tiada cermin sisi (motosikal), ubah suai ekzos (kereta) dan halangan lalu lintas (kereta).
Operasi ini dilaksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah serta pemantauan pematuhan undang-undang jalan raya di kawasan tumpuan awam.
IPD Bau menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di daerah Bau sentiasa terpelihara.