Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 25 individu ditahan termasuk tiga beradik dalam operasi AADK
  • JENAYAH

25 individu ditahan termasuk tiga beradik dalam operasi AADK

Utusan Sarawak 6 hours ago
SERAMAI 25 individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dalam Operasi Perdana (Ops Perdana) Siri 1/2026 baru-baru ini. Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Tiga beradik antara 25 individu yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dalam Operasi Perdana (Ops Perdana) Siri 1/2026 yang dijalankan selama dua hari bermula 22 hingga 23 Januari di sini.

AADK Daerah Sibu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua individu yang ditahan merupakan Orang Yang Disyaki (OYDS) berusia antara 22 hingga 59 tahun, hasil serbuan di beberapa lokasi berasingan sekitar bandar Sibu.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan melibatkan sembilan pegawai AADK dan memberi tumpuan kepada pengesanan serta intervensi awal terhadap individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Tumpuan utama operasi kali ini ialah penyelamatan tiga beradik yang dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, sebagai langkah intervensi awal bagi membolehkan mereka menjalani rawatan dan pemulihan,” katanya.

AADK memaklumkan, penahanan berkenaan bertujuan mengelakkan masalah penyalahgunaan dadah daripada terus menjejaskan institusi keluarga serta kesejahteraan sosial.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 22 daripada OYDS yang ditahan disahkan positif dadah jenis Methamphetamine (syabu), melibatkan 16 lelaki dan enam wanita.

Kesemua 22 individu itu disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan boleh diperintahkan menjalani rawatan serta pemulihan sama ada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) atau dalam komuniti, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, seorang lagi OYDS dirujuk di bawah Seksyen 8(3)(b) akta yang sama untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti selepas mengaku terlibat dalam penyalahgunaan bahan jenis pil Nospan.

Dalam pada itu, AADK menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan penagihan dan penyalahgunaan dadah bagi membantu usaha pencegahan di peringkat komuniti.

Orang ramai boleh menghubungi Talian Bebas Tol AADK di 1-800-22-2235 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-626 2233 untuk mendapatkan khidmat nasihat atau membuat aduan. Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan polis suspek pecah rumah di Kampung Lusut Jaya 3C

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.