Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 24 saman dikeluarkan, 6 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di Miri
  • JENAYAH

24 saman dikeluarkan, 6 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan di Miri

Utusan Sarawak 24 hours ago

DISITA… Enam motorsikal disita kerana kerana didapati keadaan motosikal yang telah diubah suai daripada struktur asal.  

MIRI: Sebanyak 24 saman telah dikeluarkan dan enam motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, dalam satu kenyataan hari ini berkata operasi berkenaan dijalankan bermula 10.00 malam hingga 3.00 pagi di beberapa lokasi sekitar bandar, termasuk Jalan Bandaraya Miri, Jalan Marina Utama, Jalan Miri Bypass, Jalan Tanjung Lobang, Jalan Tudan, Jalan Permyjaya dan Jalan Canada Hill.

“Dalam operasi ini, sebanyak 10 kenderaan telah diperiksa, daripada jumlah tersebut sebanyak enam motorsikal telah ditahan dibawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana didapati keadaan motosikal yang telah diubah suai daripada struktur asal dan juga untuk pemeriksaan selanjutnya.

“Sepanjang operasi ini juga, seramai 10 individu diperiksa dan sebanyak 24 keping saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya.

Menurut Mohd Farhan operasi itu dijalankan bertujuan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan supaya pengguna jalan raya mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Operasi ini akan sentiasa dijalankan secara berterusan dari masa ke semasa ke atas pengguna jalan raya terutamanya penunggang motorsikal.

“Kita menasihati mereka  agar sentiasa memandu atau menunggang kenderaan dengan berhemah, berhati-hati di jalan raya, tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan, tidak mengubahsuai struktur asal kenderaan dan tidak berkumpul di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman awam.

“Kecuaian pemandu atau penunggang kenderaan boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” tambahnya. 

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki ditemui di stor Kampung Datu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.