Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 24 menteri, timbalan menteri kena pecat
  • GLOBAL

24 menteri, timbalan menteri kena pecat

Utusan Sarawak 4 years ago
PEMANGKU Presiden Myanmar Myint Swe

BANGKOK: Junta tentera Myanmar memecat 24 menteri dan timbalan menteri serta menamakan 11 pengganti dalam pentadbiran baharunya selepas melakukan rampasan kuasa.

Pengumuman dibuat melalui stesen televisyen Myawaddy milik tentera mengenai pelantikan baharu portfolio kewangan, kesihatan, penerangan, hal ehwal luar negeri, pertahanan, sempadan dan hal ehwal dalam negeri.

Langkah itu dilakukan beberapa jam selepas tentera mengisytiharkan darurat setahun dan melantik seorang jeneral sebagai pemangku presiden selepas pemimpin awam, Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) ditahan.

Beliau dan pemimpin kanan lain NLD ditahan dalam serbuan awal pagi Isnin lalu, beberapa jam sebelum sesi pertama sidang Parlimen bagi penggal baharu bermula.

Mereka yang berada di ibu kota komersial Myanmar, Yangon mengalami gangguan sistem telekomunikasi yang meluas manakala bank ditutup dan tentera yang keletihan terus melakukan rondaan di jalanan.

CNN melaporkan hanya saluran TV Myawaddy dikendalikan tentera yang dapat diakses di televisyen, dengan semua saluran berita lain disekat.

Perebutan kuasa oleh tentera berlaku selepas ia mengancam minggu lalu untuk ‘mengambil tindakan’ atas tuduhan penipuan dalam pilihan raya November tahun lalu yang menyaksikan NLD menang besar.

Parti pembangkang disokong tentera yang dilancarkan sebelum pilihan raya itu hanya memenangi 33 daripada 476 kerusi manakala NLD yang dipimpin Suu Kyi memenangi 396 kerusi dalam pilihan raya itu.

Tentera berkata darurat perlu diisytiharkan untuk memelihara kestabilan negara dan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu gagal menangani penyelewengan besar-besaran dalam pilihan raya 8 November lalu.

Menurut kenyataan ditandatangani Pemangku Presiden baharu Myint Swe, yang pernah menjadi naib presiden, Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) gagal menyelesaikan penyelewengan daftar pemilih dalam pilihan raya umum itu.

Kenyataan sama turut menuduh ada ‘pertubuhan parti lain yang cuba merosakkan kestabilan negara’.

“Berikutan keadaan ini harus diselesaikan menurut undang-undang, keadaan darurat diisytiharkan dan tanggungjawab perundangan, pentadbiran serta kehakiman diserahkan kepada Jeneral Min Aung Hlaing,” katanya.-AFP

Continue Reading

Previous: Iran lancar satelit ‘Zol Janah’
Next: Vaksin untuk orang muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.