Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 23 Warga asing ditahan dalam lima operasi di Miri
  • JENAYAH

23 Warga asing ditahan dalam lima operasi di Miri

Utusan Sarawak 17 hours ago
PERIKSA DAN DITAHAN… Seramai 23 individu warga asing ditahan menerusi Ops Sapu, Ops Selera, Ops Mahir, Ops Minyak, dan Ops Belanja di sekitar bandaraya Miri semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

MIRI: Seramai 23 individu warga asing ditahan dalam lima operasi khas di sekitar banda raya Miri semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS), Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Miri telah menjalankan Ops Sapu, Ops Selera, Ops Mahir, Ops Minyak dan Ops Belanja pada 10.00 pagi.

“Operasi itu digerakkan dengan kekuatan seramai 30 orang pegawai UPI Miri di 11 lokasi berasingan telah diperiksa dalam usaha mengesan dan membanteras pelbagai salah laku Imigresen.

“Seramai 53 individu telah diperiksa dalam operasi yang dijalankan dan hasilnya 23 individu warga asing berjaya ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

PERIKSA DAN DITAHAN… Seramai 23 individu warga asing ditahan menerusi Ops Sapu, Ops Selera, Ops Mahir, Ops Minyak, dan Ops Belanja di sekitar bandaraya Miri semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Tambahnya, kesemua individu yang ditahan disyaki telah melakukan pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen.

Sehubungan itu, JIMS mengingatkan orang ramai khususnya majikan dan pemilik premis agar tidak menggaji, bersekongkol atau melindungi warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati bersubahat.

Kerjasama masyarakat amat diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki acu pistol mainan direman tiga hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.