Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 23 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

23 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEGAWAI penguat kuasa KPDN melakukan pemeriksaan ke atas barangan kawalan di sebuah premis perniagaan sekitar Sibu sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2026. Foto KPDN

SIBU: Sebanyak 23 jenis barangan keperluan asas disenaraikan sebagai harga terkawal menerusi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2026 di Bahagian Sibu.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sibu, Roslee Maslie berkata, skim tersebut berkuat kuasa selama 15 hari bermula 14 Mac hingga 28 Mac ini bagi memastikan pengguna menikmati harga berpatutan sepanjang musim perayaan.

Menurutnya, antara barangan yang terlibat ialah daging lembu import, kepak ayam, ikan kembung, ikan selayang, kubis bulat import, sawi hijau, timun, tomato, cili merah, kacang panjang dan lobak merah.

“Turut disenaraikan ialah bawang kuning besar, bawang merah besar dan kecil, bawang putih, ubi kentang, halia tua import, kacang tanah, cili kering kerinting, kacang dal, kelapa biji, kelapa parut serta santan kelapa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan, termasuk menaikkan harga melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

Katanya, mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda sehingga RM10,000 manakala syarikat sehingga RM20,000,” jelasnya.

Sehubungan itu, Roslee mengingatkan peniaga agar mematuhi arahan yang ditetapkan serta mengamalkan etika perniagaan, selain tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara mendadak selepas tamat tempoh skim.

Dalam masa sama, pengguna disaran peka terhadap hak mereka serta menyalurkan aduan sekiranya terdapat ketidakpatuhan melalui aplikasi Ez ADU, laman sesawang e-aduan KPDN, e-mel, hadir ke pejabat KPDN Sibu atau menghubungi talian yang disediakan.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan pelaksanaan skim ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada pengguna,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba jalankan khidmat khas musnah sarang serangga berbisa 
Next: Kawad operasi buih perkukuh kesiapsiagaan anggota BBP Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.