Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 23 anggota APM Meradong sertai latihan intensif di PKOD Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

23 anggota APM Meradong sertai latihan intensif di PKOD Sarikei

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANTARA pengisian aktiviti sepanjang latihan APM Meradong di PKOD Sarikei, semalam. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Seramai 23 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Meradong menjalani latihan intensif melibatkan aspek operasi, disiplin dan kerja berpasukan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, latihan bulanan tersebut dilaksanakan bagi memastikan anggota sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Latihan bulanan dijalankan mengikut silibus dan jadual latihan yang telah ditetapkan oleh Unit Latihan.

“Latihan yang bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang tersebut melibatkan pelbagai pengisian termasuk ulang kaji silibus, sesi memperkemaskan pakaian operasi dan pemeriksaan pakaian anggota,” katanya ketika dihubungi.

ANTARA pengisian aktiviti sepanjang latihan APM Meradong di PKOD Sarikei, semalam. Foto APM Sarikei

Tambahnya, aspek disiplin, kepimpinan, kepatuhan arahan serta semangat kerja berpasukan turut diberi penekanan sepanjang latihan dijalankan.

“Latihan tersebut turut melibatkan sesi pengenalan dan praktikal bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

“Sesi pengenalan dan praktikal CPR telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan awal berkaitan bantuan kecemasan dan teknik menyelamat yang betul,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 1,200 warga SMK Kai Chung sertai program keselamatan kebakaran
Next: Iguana sesat masuk rumah di Tudan berjaya ditangkap bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.