Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 229 pelawat asing tidak dibenarkan memasuki negara di KLIA – AKPS
  • NASIONAL

229 pelawat asing tidak dibenarkan memasuki negara di KLIA – AKPS

Utusan Sarawak 18 hours ago
Gambar fail. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Sebanyak 229 pelawat asing dari pelbagai negara dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak semalam.

AKPS memaklumkan kesemua pelawat berkenaan dikesan gagal mematuhi syarat kemasukan semasa operasi bersepadu yang dilaksanakan sejak 7.30 pagi semalam hingga 7.30 pagi tadi di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2.

“Sebanyak 764 pelawat diperiksa menerusi operasi itu. Warganegara Bangladesh mencatat bilangan NTL tertinggi iaitu 204 orang diikuti India (14), Sri Lanka, Pakistan, Indonesia masing-masing tiga manakala dua dari Kemboja.

“Daripada jumlah warga Bangladesh itu, sebanyak 66 orang dikesan tiba di KLIA 1 menerusi tiga penerbangan dari Dhaka pada awal pagi,” menurut AKPS dalam kenyataan.

Menurut AKPS antara punca utama penolakan masuk ialah pelawat terbabit mengemukakan tempahan hotel palsu, tidak memiliki tiket penerbangan pulang serta gagal membuktikan kemampuan kewangan yang mencukupi. 

“Kesemua individu itu dipercayai berniat menyalahgunakan kemudahan kemasukan untuk tinggal dan bekerja secara tidak sah di negara ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam kes berlainan, AKPS memaklumkan  seorang lelaki warganegara Indonesia berusia lingkungan 50-an ditangkap semalam disyaki cuba memasuki Malaysia selepas hanya enam hari diusir atas kesalahan sama pada 7 Ogos lepas. 

Menurut AKPS, individu itu dihantar pulang serta-merta dan diberi amaran keras.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: ‘Anak saya diheret, dicucuk jarum suntikan’ – Rafizi
Next: Kerugian akibat penipuan dalam talian cecah RM1.12 bilion setakat Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.