Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,286 kemalangan dilaporkan di Bintulu sepanjang tahun ini  
  • Tengah
  • WILAYAH

2,286 kemalangan dilaporkan di Bintulu sepanjang tahun ini  

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTULU: Statistik kemalangan jalan raya di Bintulu mencatatkan sebanyak 2,286 kes kemalangan sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 46 kes dilaporkan melibatkan kemalangan maut.

“Beberapa punca utama kemalangan yang dikenal pasti termasuk pandu laju, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, memotong garisan berkembar, salah guna pusingan U, dan keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Perayaan Hari Krismas Tahun 2024 berhadapan sebuah sekolah menengah di sini, hari ini.

Pada masa sama, Nixon turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Menurutnya, pihak polis juga akan meningkatkan rondaan dan operasi khas seperti Operasi Mabuk (Op Mabuk) dan Op Samseng Jalan.

Ia melibatkan beberapa kawasan ‘hotspot’ kemalangan seperti Jalan Pesisir Bintulu-Miri di Samalaju, Simpang Ulu Sebauh, Jalan Tanjung Kidurong, dan Jalan Samarakan sepanjang musim perayaan Krismas, tahun ini.

“Kempen ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang pentingnya kesedaran keselamatan di jalan raya.

“Jadi, saya berharap kempen keselamatan ini dapat mengurangkan kadar kemalangan, khususnya menjelang musim perayaan,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha sampaikan maklumat, media serta 25 agensi kerajaan dirai
Next: ‘Arena of Dream’ pentas pamer bakat anak kelahiran Sibu kepada dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.