Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 227 penderma sambut inisiatif derma darah Hari Sarawak 722
  • Utara
  • WILAYAH

227 penderma sambut inisiatif derma darah Hari Sarawak 722

Utusan Sarawak 3 days ago
HADIR…Datuk Sebastian Ting dan Adam Yii yang hadir memberi sokongan pada Program Derma Darah Hari Sarawak 722 sekali gus mencipta sejarah di sini semalam.

MIRI: Program Derma Darah Hari Sarawak 722 mencipta sejarah apabila menyaksikan sambutan luar biasa dengan kehadiran 302 pendaftar, di mana seramai 227 penderma berjaya menderma darah, di sini semalam.

Lebih istimewa, seramai 29 penderma merupakan peserta kali pertama, sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 150 penderma, dan membuktikan komitmen tinggi masyarakat Miri dalam menyokong inisiatif kemanusiaan.

Program ini dianjurkan secara kolaboratif oleh 10 persatuan belia tempatan, dengan sokongan penuh daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri dan Tabung Darah Hospital Miri.

Selain aktiviti utama derma darah, penganjur turut mengadakan demonstrasi bantuan kecemasan, termasuk teknik resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan penggunaan peranti defibrilator luaran automatik (AED).

Pemeriksaan kesihatan percuma juga disediakan, merangkumi pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah, kesihatan tulang, serta pemeriksaan payudara wanita bagi mengesan kanser lebih awal, sekali gus membolehkan rawatan dijalankan dengan lebih berkesan.

Kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan bekalan darah di Tabung Darah Hospital Miri, malah memupuk semangat perpaduan dan kepedulian dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Turut hadir memberikan sokongan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, dan Datuk Bandar Miri merangkap ADUN Pujut, Adam Yii, yang turut tampil sebagai penderma darah.

Oleh Adum Liu  

Continue Reading

Previous: 65 sertai latihan antara agensi di Taman Negara Bukit Lambir
Next: Visit to Open Air market highlights public transport progress and challenges

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.