Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 22 rumah penyembelihan miliki sijil halal
  • TEMPATAN

22 rumah penyembelihan miliki sijil halal

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Dr. Abdul Rahman Junaidi ketika mengunjungi rumah peyembelihan ayam Comerich di Kilang Teres Bako, semalam.

KUCHING: Sarawak mempunyai 22 rumah sembelihan ayam dengan pensijilan halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, daripada bilangan tersebut, sebanyak sembilan rumah sembelihan terdapat di Kuching.

Menurutnya, walaupun mempunyai pensijilan halal, Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan.

“Kita tidak mahu melihat rumah sembelihan yang telah mendapat pensijilan halal melanggar syarat pentauliahan. Ia menyebabkan pemantauan secara berterusan perlu dijalankan,” katanya bselepas mengunjungi rumah sembelihan ayam Comerich di Kilang Teres Bako di sini, semalam.

Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, isu halal melibatkan binatang ternakan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia melibatkan hukum agama.

“Kita tidak mahu melihat pengusaha rumah sembelihan mengambil kesempatan demi kelangsungan perniagaan mereka,” ujarnya.

Menurutnya lagi, rumah sembelihan di Bako yang dikunjunginya mampu mengeluarkan 1,000 hingga 3,000 ekor ayam sehari.

Hadir sama Ketua Bahagian Pengurusan Halal JAIS Sarawak Ramzen Ambi dan Pengurus Comerich Sdn Bhd Luqman Nul Hakim Abdullah.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: 10 penduduk ingkar arahan kuarantin
Next: KK Ampangan, Tarat terima surat makluman RTP 2021

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.