Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 22 rakyat China didakwa promosi judi online
  • NASIONAL

22 rakyat China didakwa promosi judi online

Utusan Sarawak 5 years ago

PETALING JAYA, 27 Mei -- Seramai 22 warga China termasuk dua wanita dihadapkan di dua Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mempromosikan perjudian dalam talian melalui laman web, awal bulan ini. Kesemua tertuduh yang berumur antara 23 dan 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham dan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Seramai 22 warga China termasuk dua wanita dihadapkan di dua Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mempromosikan perjudian dalam talian melalui laman web, awal bulan ini.

PETALING JAYA: Seramai 22 warga China termasuk dua wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mempromosi perjudian dalam talian melalui laman web, awal bulan ini.

Kesemua tertuduh yang berumur antara 23 dan 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan  dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham dan Majistret  Zhafran Rahim Hamzah.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu di No D-15-13 dan E-12-16, Pacific Place 1A/4A, Off Lapangan Terbang Subang di sini, pada jam 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, 9 Mei lepas.

Kesemua tertuduh yang ditangkap pada hari kejadian, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 dan penjara maksimum tiga tahun serta denda minimum RM5,000 dan maksimum RM50,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, jika sabit kesalahan.

Bagi prosiding membabitkan  10 tertuduh di hadapan Nor Ariffin, majistret itu membenarkan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dan dua penjamin warga tempatan serta menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan kesemua pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

Bagi  12 tertuduh termasuk dua wanita yang didakwa di hadapan Zhafran, majistret itu membenarkan kesemua mereka diikat jamin  RM3,000 dan dua penjamin warga tempatan serta menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan di kedua-dua mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Siti Zubaidah Mahat manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nur Aminahtul Marrdhiah Md Nor  dan Lim Chee Chung.

Media sebelum ini melaporkan penahanan 22 warga China dipercayai terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian di sebuah premis di Ara Damansara di sini, yang menyasarkan mangsa dari negara itu. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lelaki ceroboh istana dipenjara lima bulan
Next: Tiada beza kluster ‘kayangan dan bumi’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.