Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 22 petinju terbaik disenarai ke pemilihan akhir skuad tinju Sarawak ke SUKMA 2026
  • SUKAN

22 petinju terbaik disenarai ke pemilihan akhir skuad tinju Sarawak ke SUKMA 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
 BARISAN 22 petinju terbaik yang layak mengikuti pemilihan akhir SUKMA Selangor selepas acara tinju SUKSAR IV 2026 semalam. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Seramai 22 petinju terbaik hasil saingan Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 telah disenaraikan ke pemilihan akhir bagi membentuk skuad tinju Sarawak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Timbalan Presiden Persatuan Tinju Amatur Sarawak (SABA), Datuk Johnny Ting Su King berkata, sesi pemilihan akhir tersebut dijangka diadakan sekitar April atau Mei tahun ini bagi menilai prestasi sebenar petinju yang terpilih.

Menurut beliau, proses pemilihan akan memberi penekanan terhadap tahap kecergasan, disiplin latihan serta kemampuan teknikal setiap atlet sebelum senarai muktamad diumumkan.

“Pemilihan ini penting bagi memastikan hanya petinju yang benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental dipilih untuk membawa cabaran Sarawak di SUKMA Selangor,” katanya.

TIMBALAN Presiden Persatuan Tinju Amatur Sarawak (SABA), Datuk Johnny Ting Su King dan Ketua Jurulatih Tinju Sarawak, Mohamad Helman Morni semasa mengadakan taklimat kepada 22 petinju yang dipilih, semalam. Foto Adi Safarman

Selepas senarai nama petinju Sarawak dimuktamadkan, latihan pusat dijadualkan bermula pada Jun hingga Ogos bertempat di Kuching sebagai persediaan rapi menghadapi kejohanan dwitahunan itu.

Latihan pusat tersebut akan melibatkan program intensif termasuk aspek taktikal, kekuatan fizikal serta pendedahan perlawanan bagi meningkatkan daya saing atlet di peringkat kebangsaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jurulatih Tinju Sarawak, Mohamad Helman Morni telah mengumumkan senarai 22 petinju terbaik yang layak mengikuti pemilihan akhir selepas acara tinju SUKSAR IV 2026 melabuhkan tirainya petang semalam.

Sementara itu, kejayaan penganjuran SUKSAR IV 2026 disifatkan sebagai platform penting mencungkil bakat baharu tinju Sarawak, sekali gus mengukuhkan harapan kontinjen negeri itu untuk meraih kejayaan cemerlang di SUKMA Selangor 2026.

Terdahulu, pada SUKMA Sarawak 2024, kem tinju Sarawak berjaya menggondol empat pingat emas, empat perak dan tiga gangsa.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Patricia Jaquilina sasar emas SUKMA Selangor 2026
Next: Miki, Elias raih kemenangan muay thai di RWS Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.