Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 22 PELOMBONG terperangkap masih hidup
  • GLOBAL

22 PELOMBONG terperangkap masih hidup

Utusan Sarawak 4 years ago

BEIJING: Pasukan penyelamat mengesan beberapa isyarat menunjukkan ada antara 22 pelombong emas yang terperangkap dalam lombong bawah tanah di timur China masih bernyawa.

Isyarat itu dikesan seminggu selepas pekerja lombong itu terperangkap akibat letupan pada 10 Januari lalu, yang merosakkan sistem komunikasi selain menimbus tangga keluar daripada lombong itu.

Ia menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menghubungi mereka yang terperangkap di dalam lombong yang terletak berhampiran bandar Qixia di timur wilayah Shandong.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat yang sedang menggerudi hari ini mendengar ‘bunyi ketukan’, lapor agensi berita Xinhua, namun mereka memerlukan pengesahan.

Pihak berkuasa tempatan merancang untuk menurunkan makanan dan talian telefon ke dalam lombong milik Shandong Wucailong Investment Co Ltd, yang dalam proses pembinaan ketika tragedi itu berlaku.

Dua individu dipecat susulan letupan berkenaan. – AFP

Continue Reading

Previous: LIMA TERKORBAN kebocoran gas monoksida
Next: Mesir temui harta karun di Saqqara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.