Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 22 pelajar UPMKB, UPMKS sertai program di Jepun
  • SEMASA

22 pelajar UPMKB, UPMKS sertai program di Jepun

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Seramai 22 pelajar pascasiswazah dan prasiswazah dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan Kampus Serdang (UPMKS) menyertai Program Mobiliti Dasar Pandang Ke Timur: Menuju Tanah Matahari Terbit, yang berlangsung di Jepun, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan daripada UPMKB, program itu adalah hasil kerjasama dengan Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Fukuoka, Jepun, yang diselaras oleh Kayako Yoshimura dari Kyutech dan pegawai pengiring UPM, Rosidah Basir.

“Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penyelidikan dan aplikasi teknologi dalam bidang seperti biomekanik, bioteknologi mikroba, kejuruteraan biomolekul, bahan berfungsi permulaan alam sekitar, serta sistem komputer mirip otak dan penggantian fungsi manusia,” katanya.

Sepanjang tempoh dua minggu itu, para pelajar berpeluang melawat makmal-makmal penyelidikan di bawah seliaan profesor Kyutech seperti Prof Hiroshi Yamada, Prof Toshinari Maeda, Prof Sozo Inoue, dan Prof Tomohiro Shibata.

Pelajar turut menyertai Bengkel LEGO@Serious Play dan melawat Kitakyushu Eco Town Center, selain terlibat dalam penganjuran Simposium Antarabangsa Kejuruteraan Sains dan Gunaan (SAES 2024) pada 14 hingga 15 November 2024 di Kyutech.

Majlis menandatangani pembaharuan Memorandum Perjanjian (MoA) antara UPM dan Kyutech turut diadakan, dengan perjanjian berkuat kuasa dari 14 November 2024 hingga 14 November 2029.

Difahamkan, sejak 2012, UPM dan Kyutech telah menjalin kerjasama dalam program pertukaran pelajar, yang melibatkan lebih 1,850 pelajar dari kedua-dua institusi.

Dalam kenyataan itu, Naib Canselor UPM, Dato’ Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, program mobiliti tersebut memberikan impak positif terhadap hubungan antara UPM dan Kyutech serta membuka peluang kepada pelajar untuk memahami dan menghargai kelainan budaya masing-masing.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy: Bincang terlebih dahulu sebelum mulakan kerja pengorekan
Next: HPR2025 platform masyarakat dapatkan maklumat berkaitan perumahan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.