Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 22 NGO Meradong terima cek MRP di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

22 NGO Meradong terima cek MRP di Sarikei

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SERAH MRP….Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan MRP kepada penerima.

SARIKEI: Sebanyak 22 badan bukan kerajaan (NGO) dari kawasan Meradong telah menerima sumbangan berbentuk cek di bawah peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pusat Khidmat Parlimen Sarikei. 

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, baru-baru ini. 

Antara NGO yang menerima sumbangan tersebut adalah Persatuan Klan Dah Kau Ling Sarawak, Persatuan Petani Bintangor, Persatuan Kebajikan dan Sosial Pekebun Meradong, Dewan Perniagaan Cina Bintangor, Kelab Bola Keranjang Bintangor, Kelab Catur Cina Meradong, Persatuan Klan Zhang Meradong, Kelab Peminat Lagu Tai Lian Bintangor, Persatuan Kung Siong Bintangor, Persatuan Pengadil Daerah Bintangor dan Kelab Sukan & Kebajikan Bomba Bintangor. 

Turut menerima sumbangan MRP adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tulai Meradong, Persatuan Sosial Masyarakat Tulai, Kelab Bola Tampar Meradong, JKKK Kawasan Bandar Bintangor, JKKK Rumah Adiah Bungai, JKKK Rumah Badi, JKKK Rumah Dangat Ansi, JKKK Rumah Dipa, Kelab Kebajikan Kakitangan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Kelab Rekreasi Bersatu Meradong dan Persatuan Foochow Meradong. 

Katanya, sumbangan tersebut merupakan sokongan berterusan kepada NGO tempatan yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan komuniti melalui aktiviti kemasyarakatan, sukan, keselamatan dan kebajikan.

“Saya percaya NGO merupakan tulang belakang kepada keharmonian masyarakat.

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka membina perpaduan serta memupuk nilai positif dalam kalangan rakyat,” katanya.

Tiong Sii turut menegaskan komitmennya untuk terus menyalurkan sumbangan kepada NGO yang aktif dan berwibawa dalam menjalankan program bermanfaat.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MDS anjur program ‘Car Free Morning’ pada 14 Jun ini
Next: Lebih 800 jemaah tunai Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Muflihin Sebuyau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.