Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 22 Julai bukan sekadar sejarah, tapi semangat pembangunan Sarawak
  • TEMPATAN

22 Julai bukan sekadar sejarah, tapi semangat pembangunan Sarawak

Utusan Sarawak 19 hours ago
ADUN Kabong Dato Mohd Chee Kadir.

KABONG: Sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai bukan sekadar menyingkap lembaran sejarah, malah menjadi simbol kecintaan, semangat jati diri, dan perpaduan rakyat Bumi Kenyalang dalam usaha mendukung pembangunan negeri ini secara berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, Hari Sarawak adalah hari bersejarah yang memperingati pengembalian kuasa pentadbiran kepada rakyat Sarawak pada 1963 dan menjadi detik penting kepada generasi kini untuk menghargai warisan negeri.

“22 Julai bukan hanya tentang sejarah tetapi juga hari untuk kita memperingati jasa pemimpin terdahulu dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum demi pembangunan Sarawak yang lebih maju dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa semangat perpaduan yang kukuh menjadi tunjang kepada kestabilan dan kemajuan negeri ini yang kini berada di landasan yang tepat dalam mencapai status negeri maju menjelang 2030 di bawah inisiatif kerajaan Sarawak.

Menurut Chee Kadir, rakyat Sarawak harus terus menyokong usaha kerajaan negeri dalam membangunkan ekonomi, infrastruktur, pendidikan serta kesejahteraan sosial tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun daerah.

“Pembangunan yang dikecapi hari ini adalah hasil kesepakatan dan usaha gigih semua pihak, dan Hari Sarawak adalah masa terbaik untuk kita semua mengenang perjalanan negeri ini serta memperbaharui tekad untuk terus maju ke hadapan,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Terima kasih anak Sarawak atas perpaduan, kecintaan pada negeri – Roy Angau
Next: Jambatan Bintulu-Jepak dirasmikan esok, nama rasmi bakal diumum Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.