

MIRI: Sebanyak 212 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dalam Operasi JPJ Cawangan Miri di beberapa lokasi strategik sekitar Miri, di Jalan Miri By Pass, Jalan Maigold dan Jalan Kuala Baram, Miri semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri, sepanjang pelaksanaan operasi berkenaan didapati beberapa kesalahan telah dikesan.
Antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, lesen memandu tamat tempoh, serta lain-lain kesalahan yang melibatkan aspek teknikal kenderaan.
JPJ Cawangan Miri akan terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan dan advokasi keselamatan jalan raya secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya serta mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat, teratur dan berhemah untuk semua.
Oleh Adum Liu