Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 211 keluarga Bukit Saban terima Skim Tanaman Sawit Baharu
  • WILAYAH

211 keluarga Bukit Saban terima Skim Tanaman Sawit Baharu

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Pesta Makanan dan Sukaneka Bukit Saban di rumah panjang Mendit anak Unsu, Penom, Ulu Paku, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

SPAOH: Seramai 211 keluarga di kawasan Bukit Saban disenaraikan sebagai penerima Skim Bantuan Tanaman Baharu Kelapa Sawit dengan keluasan maksimum dua hektar bagi setiap keluarga dalam usaha berterusan kerajaan memperkukuh ekonomi luar bandar menerusi sektor pertanian bernilai tinggi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bantuan tersebut membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan masyarakat rumah panjang dan penduduk luar bandar terus menikmati sokongan yang tersusun.

Menurutnya, usaha itu juga bertujuan meningkatkan sumber pendapatan isi rumah melalui aktiviti pertanian yang lebih mampan dan berdaya maju.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Makanan dan Sukaneka Bukit Saban di Rumah Panjang Mendit Unsu, Penom, Ulu Paku, hari ini.

Uggah berkata selain skim tanaman baharu kelapa sawit, penerima Skim Bantuan Tanaman Lada Baharu di kawasan berkenaan turut dikenal pasti bagi memperkukuh lagi sumber ekonomi penduduk.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Pesta Makanan dan Sukaneka Bukit Saban di rumah panjang Mendit anak Unsu, Penom, Ulu Paku, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Katanya, bantuan tersebut turut merangkumi pemberian baja lada bagi membantu meningkatkan pengeluaran hasil serta pendapatan pekebun kecil di kawasan rumah panjang.

“Seramai 211 keluarga dari Bukit Saban telah disenaraikan sebagai penerima Skim Bantuan Tanaman Baharu Kelapa Sawit dengan saiz maksimum dua hektar, manakala penerima Skim Bantuan Tanaman Lada Baharu juga telah dikenal pasti termasuk bantuan baja lada,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pembangunan sektor pertanian sebagai pemangkin ekonomi luar bandar.

Menurutnya, sektor pertanian berpotensi besar untuk meningkatkan taraf hidup penduduk sekiranya dilaksanakan secara sistematik dengan sokongan kerajaan.

Pada majlis sama, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Betong bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak turut menyampaikan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak berjumlah RM62,789.59 kepada 13 usahawan makanan dari Bukit Saban.

Sumbangan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus membantu pengusaha kecil, khususnya wanita di kawasan rumah panjang, mengembangkan perniagaan dan menjana pendapatan.

Turut hadir Datin Amar Dato Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu dan Datin Lucy Mary Johnson, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Roseline Mapong Sabai, Ketua Wanita PBB Bukit Saban, Natasha Nasa Douglas dan Pegawai Daerah Betong Laga Kueh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pegawai daerah boleh mohon tambahan kouta JKKK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.