Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 21 terbunuh dalam keganasan susulan keputusan pulihan raya Mozambique
  • GLOBAL

21 terbunuh dalam keganasan susulan keputusan pulihan raya Mozambique

Utusan Sarawak 5 months ago

Pasukan keselamatan Mozambique dilihat berhampiran penghadang yang terbakar di Maputo, Mozambique. - Foto AFP

DAKAR: Seramai 21 orang terbunuh dalam keganasan berkaitan pengesahan rasmi keputusan pilihan raya yang menjadi pertikaian di Mozambique, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam tempoh 24 jam sejak keputusan diumumkan, sebanyak 236 jenayah serius direkodkan, kata Menteri Dalam Negeri Pascoal Ronda pada sidang media di ibu negara, Maputo seperti dilaporkan penyiar awam Radio Moçambique pada Selasa.

Penunjuk perasaan dilaporkan menyerang bangunan, kenderaan, dan unit polis.  

Pihak berkuasa pilihan raya sehari sebelumnya mengesahkan pemilihan semula parti Mozambique Liberation Front (FRELIMO), yang telah berkuasa selama 49 tahun, dalam pilihan raya presiden pada 9 Okt lalu.  

Pembangkang menuduh berlaku penipuan pilihan raya dan mempertikaikan keputusan itu.

Pemerhati pilihan raya Kesatuan Eropah juga menyebut tentang “perubahan tidak wajar pada keputusan pilihan raya”.  

Suruhanjaya kemudian menerbitkan keputusan yang diperbetulkan selepas semakan, dengan menyatakan calon FRELIMO, Daniel Chapo, memperoleh 65.2 peratus undi.  

Menurut Menteri Dalam Negeri, 25 orang cedera sejak pengumuman itu, termasuk 13 orang awam dan 12 anggota polis.

Namun, angka sebenar berkemungkinan jauh lebih tinggi.

Hospital Pusat Maputo melaporkan 40 orang cedera akibat tembakan sejak hari sebelumnya, menurut pengarah hospital itu, lapor agensi berita Mozambique AIM.  

Rusuhan dan pertempuran juga berlaku di bandar-bandar lain di seluruh negara yang mempunyai kira-kira 35 juta penduduk.

Sejak pilihan raya itu, beberapa protes tercetus, sebahagian daripadanya ditangani secara ganas dengan peluru hidup.  — BERNAMA-dpa  

Continue Reading

Previous: Penduduk Kristian Gaza sambut Krismas dengan mendoakan kematian, kemusnahan berakhir
Next: NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.