
BELURU: Sebanyak 21 pintu rumah di Kampung Long Jegan A mengalami kerosakan selepas bumbung tercabut akibat ribut petir dan angin kencang yang melanda kawasan itu petang semalam.Â
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata Pusat Kawalan Operasi (PKOD) Beluru menerima panggilan kecemasan pada 4.18 petang semalam daripada orang awam mengenai kejadian tersebut.
Menurut Mirwan kejadian itu berlaku pada 3.36 petang dan sebaik menerima laporan mengenai kejadian tersebut, empat anggota Pertahanan Awam dari Skuad Alpha daerah Beluru diketuai Pbt. (PA), Gadieng Issau bergegas ke lokasi pada 4.20 petang.
Katanya tiba di lokasi Skuad Charlie berjumpa dengan mangsa untuk mendapatkan maklumat terperinci dan menyerahkan bantuan berupa bakul makanan kepada mangsa yang terlibat.
Oleh Jiku Juguong