Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, India selamat
  • SEMASA

21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, India selamat

Utusan Sarawak 1 day ago
SEORANG penjual memaparkan akhbar dengan artikel muka depan mengenai konflik India-Pakistan di Amritsar pada 8 Mei 2025 sehari selepas India melancarkan mogok ke atas Pakistan. Saingan bersenjata nuklear itu bertukar senjata kecil dan tembakan artileri semalaman di sepanjang sempadan de facto di Kashmir yang ditandingi, kata tentera India pada 8 Mei. FOTO AFP

KOTA TINGGI: Sebanyak 21 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalani kursus di kolej ketenteraan di Pakistan dan India berada dalam keadaan selamat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata terdapat 18 pegawai dan anggota ATM sedang mengikuti kursus di beberapa kolej ketenteraan di India, manakala tiga di Pakistan.

“Mereka (pegawai dan anggota) tidak terlibat dalam kawasan berlakunya serangan serta konflik, dan sebahagian besarnya memang akan habis tahun ini.

“Ketika ini, semuanya masih dalam keadaan selamat tapi kita akan terus memantau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Jana Veteran Boustead Plantations Bhd di Ladang Telok Sengat di sini hari ini.

Mohamed Khaled bagaimanapun berkata kementerian itu akan terus memantau keadaan semasa di dua negara Asia Selatan berkenaan sebelum mengambil langkah seterusnya.

Ketegangan antara Pakistan dan India mengakibatkan sekurang-kurangnya 43 kematian setakat ini, dengan Islamabad melaporkan 31 orang awam terbunuh akibat serangan udara dan tembakan rentas sempadan oleh India, manakala New Delhi pula melaporkan sekurang-kurangnya 12 kematian susulan serangan balas oleh Pakistan.

Serangan India dilancarkan dua minggu selepas New Delhi mendakwa Islamabad menyokong serangan terhadap pelancong di Kashmir yang ditadbir India, namun tuduhan itu dinafikan Pakistan.

Jurucakap tentera Pakistan Mejar Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry dilaporkan berkata lima jet pejuang India ditembak jatuh di sempadan.

Terdahulu, Projek Jana Veteran adalah inisiatif yang digerakkan oleh Boustead Plantations dengan usahasama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) untuk membantu mereka menjana pendapatan stabil melalui program pertanian, selain membantu usaha kerajaan dalam memperkukuh aspek keterjaminan makanan.

Projek di Ladang Telok Sengat juga adalah projek perintis yang memfokuskan kepada tanaman halia dan cili fertigasi, dengan Boustead Plantations secara awal menyediakan 15 plot fertigasi di atas tanah seluas 12 hektar bagi tujuan penanaman halia sebelum diperluaskan kepada tanaman lain.– Bernama

Continue Reading

Previous: Nanta nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo
Next: Kempen Bijak Air MADANI pacu gerakan nasional jamin kelestarian sumber air negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.